Rakaman VIDEO Lelaki Serang Isteri Guna Pisau di Dalam Pasaraya

RAKAMAN video seorang lelaki menyerang seorang wanita di dalam sebuah pasaraya di Panda Jaya menjadi viral di media sosial. Kejadian difahamkan berlaku di Ampang pada 25 Oktober lalu.


Rakaman VIDEO Lelaki Serang Isteri Guna Pisau di Dalam Pasaraya
Rakaman VIDEO Lelaki Serang Isteri Guna Pisau di Dalam Pasaraya
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata lelaki terbabit, 25, sudah pun dituduh di Mahkamah Ampang hari ni mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan wanita tersebut yang juga isterinya.

Mangsa, 26, telah membuat laporan polis dan suspek ditahan oleh polis pada 2 November yang lalu.

"Dalam kejadian itu, suspek dipercayai sedang mabuk bertindak baring di hadapan kedai berkenaan sebelum isterinya memberikan nombor telefon suspek kepada pengurus premis untuk mengarahkan suspek beredar.


"Suaminya berang dengan tindakan itu dan terus menyerang isterinya dengan menggunakan pisau pemotong kertas hingga menyebabkan mangsa cedera di kepala dan badan mangsa," katanya memetik laporan myMetro.



No comments