Terkini

Remaja maut motosikal terlibat kemalangan dengan lori di Bukit Mertajam

Bukit Mertajam – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda-Lunas di sini malam tadi.


Remaja maut motosikal terlibat kemalangan dengan lori di Bukit Mertajam
Remaja maut motosikal terlibat kemalangan dengan lori di Bukit Mertajam
Dalam kemalangan kira-kira 10.30 malam itu, mangsa Khairul Asyraf Ismail, 19, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.


Jurucakap polis berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakannya di Tasek Gelugor, sebelum terlibat dalam kemalangan.

“Mangsa yang menunggang sendirian dipercayai terbabas ekoran jalan licin kerana ketika kejadian hujan lebat, sebelum dilanggar lori yang melalui kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, lapor Bernama.


No comments