Terkini

Saat-saat Paramedik bertungkus lumus menyelamatkan nyawa, Namun...

Gurun: Lelaki 33 tahun meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan selepas melakukan aktiviti pendakian di Laluan Tangga Kenari ke Puncak Gunung Jerai, di sini, kira-kira 12 tengah hari ini.


Ajal mendaki Gunung Jerai
Saat-saat Paramedik bertungkus lumus selamatkan nyawa, Namun...
Mohd Firdaus Mohamad Noor berasal dari Kampung Darat Benta, Mukim Kedawang, Langkawi, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Yan.


Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fisol Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 1.01 tengah hari.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.






Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya membawa mangsa yang dipercayai pengsan ke sebuah hotel berhampiran sebelum meminta bantuan daripada Hospital Yan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.42 petang. Kes kemudian diserahkan kepada polis," katanya.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan ketika melakukan pendakian berkenaan bersama 12 rakan sekerjanya.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian. -HM


No comments