Sadis!.. Bapa Malas Guna Jejantas, Anak Maut Tercampak (4 Foto)

Johor Bahru – Seorang bayi maut manakala bapanya cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di hadapan Flat Sri Stulang, pagi tadi.


Anak Maut Tercampak
Sadis!.. Bapa Malas Guna Jejantas, Anak Maut Tercampak 
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada bayi yang berumur dalam lingkungan setahun itu ingin melintas jalan yang sibuk ketika itu, tanpa menggunakan jejantas.


Dua beranak itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenalpasti jenisnya, menyebabkan bayi itu tercampak dan mati di tempat kejadian.

Impak daripada perlanggaran tersebut, bapa bayi itu turut mengalami cedera parah di bahagian kepala.



Identiti mangsa belum dikenalpasti setakat ini, tetapi disahkan bahawa mereka adalah berketurunan Melayu.

Maklumat mengenai insiden ini diperolehi daripada seorang pengguna Twitter yang enggan namanya disiarkan, menurut sumber Mynewshub.


No comments