Terkini

Saya tak kacau periuk nasi orang, Kamal Adli hilang rasa hormat pada Zizan

UMUM mengetahui baru-baru ini pelakon Kamal Adli telah digugurkan daripada membintangi filem sekuel yang turut dibintangi Zizan Razak. Bagaimanapun perkara tersebut jelas sekali melahirkan rasa kecewa buat Kamal.


Saya tak kacau periuk nasi orang, Kamal Adli hilang rasa hormat pada Zizan
Saya tak kacau periuk nasi orang, Kamal Adli hilang rasa hormat pada Zizan
“Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya”


“Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya,” jelas Kamal kepada BH Plus.

Sementara itu, Kamal turut ditanya adakah dia menerima tawaran untuk digandingkan bersama Zizan pada masa hadapan. Kata Kamal, dia memilih untuk mengutamakan professionalisme daripada isu peribadi.

“Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi… saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar,” kata Kamal lagi.


Buat Kamal, harapnya bersabar sajalah. Mungkin disingkirkan kali ini tapi akan dibuka peluang yang lebih besar lagi berbanding dengan apa yang terlepas ketika ini. - BH Plus


No comments