“Saya tidak akan menyembunyikan berita baik tersebut” - Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berjanji akan berkongsi berita gembira sekiranya beliau disahkan hamil. Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi nombor satu negara itu hanya memohon doa agar berita baik tersebut menjadi kenyataan.


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
“Saya tidak akan menyembunyikan berita baik tersebut (hamil). Doakan saya,” kata Siti selepas membuat persembahan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya malam tadi.

Baca: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil


Isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 56, itu diserbu media selepas sebuah akhbar online mengeluarkan laporan kononnya penyanyi berusia 36 tahun itu kini hamil.

Mengaku terkejut dengan berita itu, Siti bagaimanapun tenang menangani spekulasi tersebut.

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
“Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus terhadap karier saya,” katanya.


Ketika ditanya mengenai susu kambing dan kurma yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu berkata, beliau sudah lama mengamalkan pemakanan tersebut.

Siti dan Khalid telah melangsungkan perkahwinan pada 2006, lapor Kosmo.


No comments