Terkini


Sayu!.. Doktor Terpaksa Matikan Mesin Sokongan Hayat Remaja Ini!..

SEORANG gadis remaja berusia 15 tahun meninggal dunia selepas empat bulan bertarung nyawa setelah kenderaan yang dinaikinya terbakar, hingga mengakibatkan dia mengalami kecederaan melecur di 60 peratus bahagian badannya.


Doktor Terpaksa Matikan Mesin Sokongan Hayat Remaja Ini!..
Doktor Terpaksa Matikan Mesin Sokongan Hayat Remaja Ini!..
Baylee Hoaldridge, dari Provo, Utah, mengalami kecederaan parah apabila kenderaan Polaris RZR 900 yang dinaiki bersama bapanya, datuk dan sepupunya terbakar pada 4 Julai lalu.


Mesin sokongan hayatnya telah dimatikan oleh doktor.

Dalam pada itu peguam keluarganya, Paxton Guymon berkata, kematian Baylee merupakan sesuatu yang menyedihkan.


“Keluarga Hoaldridge melahirkan terima kasih kepada seluruh negara dan seluruh dunia yang memberikan sokongan dan mendoakan Baylee.


“Keluarga itu kini dalam kesedihan, begitu juga dengan berpuluh ribu orang yang mengikuti perkembangan Baylee dalam akaun Facebook `Be Brave Baylee’’ . Mereka juga melihat bagaimana Baylee bertarung nyawa di hospital,’’ katanya.


Paxton turut memberitahu Polaris harus bertanggungjawab terhadap kebakaran terbabit disebabkan reka bentuknya.



Dalam kejadian itu, datuk Baylee, Dave Smith berjaya melepaskan diri bersama sepupunya yang berusia lima tahun namun ketika dia cuba menyelamatkan Baylee dan bapanya yang terperangkap di dalam kenderaan itu, kereta terbabit tiba-tiba meletup.

Kesemua mereka mengalami kecederaan namun Baylee yang berada dalam keadaan kritikal.




No comments