Terkini


Suspek Penggal Kepala mangsa bawa lari dengan Lori Kontena direman

Teluk Intan – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas suspek yang dipercayai membunuh seorang lelaki dengan memenggal kepala mangsa di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Slim River di sini kelmarin.


Suspek Penggal Kepala mangsa bawa lari dengan Lori Kontena direman
Suspek Penggal Kepala mangsa bawa lari dengan Lori Kontena direman
Suspek berusia 35 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 9.50 pagi dengan diiringi polis dari Slim River sebelum selesai kira-kita sejam selepas itu.

Baca: Pemandu Lori Kontena Bawa Lari Kepala Lelaki Yang Dipenggalnya!..



Majistret Nurul Nadia Abdul Razak mengeluarkan perintah reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! hari ini melaporkan suspek yang merupakan seorang pemandu lori membawa balik kepala lelaki yang dipenggalnya sejauh kira-kira 220 kilome­ter (km) ke rumah keluarganya di Gerik selepas mencampak mayat lelaki tanpa kepala itu di dalam longkang.


Bapa kepada dua anak itu kemudian berjaya ditahan dalam satu serbuan ketika sedang makan tengah hari bersama keluarga kira-kira pukul 4 petang.


No comments