Suspek Sering Perdaya Pelanggan Dalam Urusan Baiki Kenderaan

Tapah – Suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan empat individu di kawasan bengkel di Jalan Pahang di sini, didakwa sering memperdayakan pelanggan dalam urusan membaiki kenderaan.


Suspek sering perdayakan pelanggan dalam urusan membaiki kenderaan
Suspek sering perdayakan pelanggan dalam urusan membaiki kenderaan
Anak tiri kepada salah seorang dipercayai mangsa pembunuhan itu, V. Gunavathi, 56, R. Duriahsingam, 47, mendakwa, suspek pernah menipunya sehingga berlaku perang mulut di antara mereka.


Katanya, dia ditipu oleh suspek ketika menghantar keretanya ke bengkel suspek untuk diperbaiki.

“Saya ditipu hampir RM6,000 apabila menghantar kereta untuk dibaiki tapi selepas berbulan-bulan kereta masih belum siap. Ini menyebabkan saya marah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Pahang, di sini hari ini.


Tambahnya, pada hari ibu tirinya dilaporkan hilang, wanita itu sepatutnya berjumpa dengan ibu saudaranya di Bidor namun selepas itu wanita tersebut tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak berjawab.

Katanya, dia menyangka kehilangan ibu tirinya itu kerana balik ke kampungnya di Batu Pahat, Johor, atau mengikuti rombongan percutian kerana wanita itu gemar melancong, lapor Utusan Online.


No comments