Tanam anak untuk lindungi kesalahan suami, Ibu dipenjara 24 bulan

Seorang wanita yang didakwa menanam anak lelakinya di dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, Mac lalu dihukum penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini.


Tanam anak untuk lindungi kesalahan suami, Ibu dipenjara 24 bulan
Tanam anak untuk lindungi kesalahan suami, Ibu dipenjara 24 bulan
Majistret Asyida Abd. Rahim memutuskan demikian terhadap Tan Boa Jia, 33, yang menukar pengakuan kepada bersalah hari ini terhadap pertuduhan melupuskan barang kes dengan menanam mayat Evan Loo Yong Shen, 9.


Perbuatan itu dilakukannya di rumah beralamat No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong di sini, kira-kira pukul 2 petang, 29 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk melindungi suaminya, Loo Chon Wen, 33, daripada hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas lelaki yang bekerja sebagai pengutip hutang itu didakwa membunuh anak mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.

Wanita tersebut membuat pengakuan tidak bersalah pada Jun lalu ketika kali pertama dia dihadapkan ke mahkamah, lapor Utusan Online.


No comments