Terkini

Tiga, Termasuk Dua Anggota Polis Didakwa Menyebabkan Kematian

Kulim – Dua anggota polis dan seorang lelaki yang bekerja sendiri dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Khamis atas dua pertuduhan menyebabkan kematian, September lalu.


Tiga, Termasuk Dua Anggota Polis Didakwa Menyebabkan Kematian
Tiga, Termasuk Dua Anggota Polis Didakwa Menyebabkan Kematian
Ketika pertuduhan dibacakan, kedua-dua anggota polis itu Anuar Abd Aziz, 27, dan Mohammad Amirull Aliff A Razak, 25, serta Abdul Rahman Isa, 33, hanya mengangguk faham. Tiada pengakuan direkodkan.

Amirul merupakan anggota polis bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, manakala Anuar pula anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Baling.


Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa membunuh Lee Tat Wai, 33, manakala pertuduhan kedua pula kerana melakukan perbuatan sama terhadap Mohd Syakirin Ahmad Sahhidan, 28.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di persimpangan lampu isyarat berdekatan kilang Inokom, Kulim pada pukul 11.15 hingga 11.30 malam, 11 Sept lepas.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kedah Rehab Abdul Shukur manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret R. Manomani menetapkan 28 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes, lapor Bernama.


No comments