Header Ads

  • Terkini

    TPM minta Ketua Polis Negara cari jalan bertindak terhadap Alvin Tan

    Terbaru perbuatan ALVIN TAN berkongsi gambar di facebook guna kertas yang dikoyak dari kitab Al-Quran untuk sapu najisnya memang mencabar kesabaran.


    TPM minta Ketua Polis Negara cari jalan bertindak terhadap Alvin Tan
    TPM minta Ketua Polis Negara cari jalan bertindak terhadap Alvin Tan
    Ramai cukup menyinga dengan mamat Alvin Tan yang main dari jauh di Amerika. Bayangkan nasibnya kalau berada di Malaysia dan terus menerus buat aksi hina Islam sebegitu.


    Alvin kini menetap di California.

    Kelmarin pihak Facebook telah bertindak menutup lamannya ekoran aduan orang ramai.

    Namun dia boleh terus muncul di Facebook mengunakan identiti lain dan sebagainya.

    Malah agak sukar untuk sekat sesiapa buka laman blog apa lagi yang dikendali di luar negara.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nampaknya cukup sedar kemarahan umat Islam di negara ini pada blogger seks yang lama dulu lari ke Amerika setelah kes mahkamahnya hina bulan Ramadhan.

    Selasa,beliau arah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk guna segala kuasa yang ada untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.

    Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perbuatan individu itu termasuk yang bertindak mengoyak al-Quran dan menggunakan helaiannya untuk mengelap najis adalah satu penghinaan dan tindakan kurang ajar.

    "Saya tidak akan kompromi dengan sesiapa saja sama ada yang berada di dalam atau luar negara malah tindakan akan dilakukan.


    "Jangan jadikan inovasi dan kebebasan bersuara sebagai medium untuk menghina agama, kita ada pegangan agama dan tatasusila, kita hormati agama dan bangsa lain." katanya.

    Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.-17/11/2016


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad