Terkini

“Tun tolonglah kami Tun, Perbelanjaan kami sekarang sehari RM50”

SATU status yang dimuat turun oleh seorang pengguna Facebook di akaun milik Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menarik perhatian pembaca hari ini.


Luahan hati seorang pengguna terhadap Tun Mahathir kerana kos sara hidup yang tinggi
Luahan hati seorang pengguna terhadap Tun Mahathir kerana kos sara hidup yang tinggi
Status itu memperlihatkan pengguna yang bernama Redzuan Azariq itu meluahkan rasa tertekan dengan hidupnya sekarang berikutan kos sara hidup meningkat akibat nilai duit Malaysia yang kian mengecil.

“Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari,


“Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.,

“Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan ‘cut cost’ kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami,” tulisnya di Facebooknya, menurut sumber berita Sinar Harian.


Status tersebut bukan baru ditulis olehnya tetapi pada 9 Disember tahun lalu yang kini menjadi viral secara tiba-tiba rentetan daripada kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pengguna Facebook yang lain. – mD

No comments