Terkini

Video: Kawan mati kemalangan datang ke majlis makan dan karaoke

SATU klip video parti karaoke yang dikatakan berhantu telah menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand.


Video: Kawan mati kemalangan datang majlis makan, karaoke
Video: Kawan mati kemalangan datang majlis makan, karaoke
Pada awalnya, tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat kelibat hantu dalam video tersebut.


Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seseorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Walaubagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motorsikal ke parti tersebut.


Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.


No comments