Video: Orang Ramai Gempar, Buaya terlepas di Pusat Membeli Belah

HOUSTON, Texas — Orang ramai di Houston gempar apabila mereka 'dikunjungi' oleh seekor buaya seberat 363kg dan sepanjang 12 kaki di belakang sebuah pusat membeli belah di sini.


Orang ramai gempar, buaya 'Godzilla' terlepas di pusat membeli belah
Orang ramai gempar, buaya 'Godzilla' terlepas di pusat membeli belah
Pemburu buaya, Christi Kroborth dipanggil oleh polis bagi membantu menangkap buaya berusia 50 tahun itu.

Kerana saiznya yang terlalu besar, mereka menamakan buaya itu "Godzilla".


Namun masih tidak jelas bagaimana buaya tersebut boleh menuju ke pusat membeli belah tersebut.

Buaya itu kemudian diangkut menggunakan forklit sebelum dimasukkan ke dalam trak.

Kroborth berkata buaya itu akan dihantar ke pusat perlindungan buaya, Janik Alligators.

"Dia akan menghabiskan sisa hidupnya disana dan akan mempunyai teman wanita dan mempunyai baby dan akan diberi makan setiap hari", kata Kroborth. "Dia akan menjadi buaya yang bahagia". - Agensi



No comments