Ahmad Maslan buat #3kerja, Guru buat #8kerja tapi tetap satu gaji

Berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru pula melakukan lapan kerja (#8kerja) tetapi hanya dibayar satu gaji.


 Guru buat #8kerja tapi tetap satu gaji
Ahmad Maslan buat  #3kerja, Guru buat #8kerja tapi tetap satu gaji - kata TImbalan Presiden Pas (Foto FMT)
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, guru bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

BACA: “Saya ada 3 kerja, ramai dah di Malaysia buat #2kerja” - Ahmad Maslan


Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.

Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.

“Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya,” sindirnya.

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.


Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.

Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu. Sumber: FMT


No comments