Terkini

AirAsia pertahan anugerah ‘Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’

Kumpulan AirAsia memenangi anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' buat tahun ketiga berturut-turut pada pemilihan akhir Anugerah Perjalanan Dunia 2015 yang berlangsung di Magribi.


AirAsia pertahan anugerah ‘Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’
AirAsia pertahan anugerah ‘Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata ia juga memenangi kategori 'Laman Web Syarikat Penerbangan Kos Rendah Utama' dan 'Aplikasi Syarikat Penerbangan Utama Dunia' buat kali pertama.


"Ini bukti sebenar usaha yang kami lakukan bagi mengukuhkan perkhidmatan dan rangkaian kami, selain beberapa penambahbaikan ke atas aplikasi mudah alih dan laman web kami.



"Kami komited untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan pengguna, dan berusaha untuk melepasi aplikasi penerbangan untuk tetamu kami pada 2016," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Anugerah Perjalanan Dunia itu memperakui, menghargai dan meraikan kecemerlangan industri perjalanan dan pelancongan dunia merentas semua sektor. – Bernama, 13 Disember, 2015.






No comments