Terkini

Akhirnya Pemilik Tiga Buah Pesawat diparkir setahun di KLIA terjawab

Pemilik tiga pesawat yang diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang selama ini 'hilang' kini tampil, mendakwa syarikat itu secara asasnya konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).


Swift Air
Akhirnya pemilik tiga Pesawat diparkir setahun di KLIA terjawab
Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson memberitahu The Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan akhbar ini pada 7 Disember lalu adalah milik syarikat itu.

Baca: MAHB keluarkan notis kepada pemilik 3 kapal terbang diparkir setahun


Beliau berkata Swift telah menjadi pemilik tiga pesawat itu sejak 8 Jun tahun ini.

"MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

"MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu," dakwanya.

Beliau berkata penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara Syed Amir Ibrahim dari Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, Syed Amir mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.


Kapten Peterson juga mendakwa beliau mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop Konsulat Malaysia.

"Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747," kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu.


No comments