Akhirnya punca sebenar suami bakar kereta isteri di stesen LRT terbongkar

Seorang lelaki nekad mencurahkan petrol ke kereta isterinya sebelum menyalakan api untuk membakar kereta tersebut. Difahamkan, kereta tersebut dinaiki oleh isterinya dan juga seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki isterinya.


Akhirnya punca sebenar suami bakar kereta isteri di stesen LRT terbongkar
Akhirnya punca sebenar suami bakar kereta isteri di stesen LRT terbongkar
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego menghampiri kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira itu sebelum mebaling petrol dan menyalakan api.


Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, api yang merebak telah menyebabkan enam buah kereta termasuk kereta mangsa terbakar dalam kejadian.

Porta TheRakyatPost melaporkan, siasatan awal mendapati suspek kini dalam proses penceraian dengan isterinya.

“Susulan kejadian itu, dianggarkan kerugian kira-kira RM300,000.

“Suspek yang tinggal di Pantai Dalam itu berusia 30an sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya diteruskan,” katanya.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian setelah cemburu apabila melihat isterinya keluar dengan lelaki tersebut yang juga pemilik tempat letak kereta.


Pemilik tempat letak kereta yang berusia 20 tahun itu cedera di bahagian tangan akibat terkena pintu keret ketika menyelamatkan diri.

Selain itu, Mohd Zani juga turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetus kembimbangan awam.


No comments