Anak dedah punca pemandu teksi ditikam penunggang motorsikal

Kota Bharu: Seorang pemandu teksi telah ditikam oleh seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali di Jalan Pasir Mas-Salor pada pukul 2.30 petang semalam.


Anak dedah punca pemandu teksi ditikam penunggang motorsikal
Anak dedah punca pemandu teksi ditikam penunggang motorsikal 
Kejadian itu berlaku apabila teksi mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Mangsa Sudin Awang, 67 dari Kampung Wakaf Lanas telah mati dibunuh di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas mendapat panggilan dari orang awam.


Anak mangsa Rosnani Sudin, 33, mengatakan bapanya pernah diserang oleh lelaki yang menunggang motosikal dan mencuba memecahkan cermin teksi bapanya di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang pada enam bulan yang lepas tetapi gagal.

Beliau turut menyatakan yang bapanya tidak mempunyai musuh.

Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh. Ayah mesra dengan semua orang.

Seorang lagi anak mangsa, Mohd Nazri Hanafiah, 23 berkata dia mengetahui tentang berita kematian bapanya dari seorang jiran.

Walaupun sebelum itu dia telah menerima berita dari Whatsapp tetapi beliau tidak mempercayainya.

Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.


Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Lanas selepas bedah siasat selesai. - Bernama


No comments