Terkini

Anggota Polis Yang disyakki Merogol, Tembak Mati 2 Pegawai Atasan

Thailand – Seorang anggota polis yang disiasat kerana merogol seorang wanita menembak mati dua pegawai atasannya di sebuah balai polis di sini, kelmarin sebelum ditembak rakan polis lain.


Anggota Polis Yang disyakki Merogol, Tembak Mati 2 Pegawai Atasan

Kejadian berlaku jam 3.15 petang ketika Shinkrit Phutthipraphas diarah bertemu ketua balai polis Pluak Daeng, Somchai Soonthornwanich.


Ketika pertemuan itu, Shinkrit tiba-tiba mengeluarkan pistolnya dan terus menembak Somchai serta seorang lagi pegawai, Banyat Somha.

Somchai yang masih duduk di kerusinya ditembak di leher dan mati di tempat kejadian.

Banyat pula ditembak dua kali di kepala dan leher sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Shinkrit kemudian melepaskan 10 das lagi tembakan di balai polis berkenaan bagi mengelak ditangkap.

Bagaimanapun, Shinkrit maut terkena tembakan di badan selepas cuba melarikan diri dengan sebuah trak pikap.



No comments