Terkini


“Beri Najib peluang untuk betulkan kesilapannya” - Titah Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meminta rakyat seluruh negara memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperbetulkan kesilapannya.


sultan-johor, najib
“Beri Najib peluang untuk betulkan kesilapan...” - Titah Sultan Johor
Tuanku dalam temubual bersama The Star dipetik sebagai bertitah, setiap Perdana Menteri ada melakukan kesilapan dan Istana Johor sentiasa membuka pintu kepada Najib sekiranya beliau memerlukan nasihat.


"Beta sedar Perdana Menteri kini menerima pelbagai kritikan tetapi beta rasa beri dia peluang. Tahun ini sudah sampai ke penghujungnya dan kita perlu bergerak kehadapan. Tahun ini sangat mencabar kepada semua termasuk beta sendiri. Terdapat isu yang perlu diselesaikan, perlu diyakinkan, perlu dijawab dan beta lihat ada juga isu yang perlu dimuktamadkan.

"Setiap dari kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu sentiasa bersedia untuk berlajar daripada kesilapan itu, buat perubahan dan lakukan perkara yang betul. Perbetulkan apa yang salah," titah baginda.

Tambah Sultan Ibrahim, baginda tidak menyebelahi sesiapa dalam politik samaada terhadap Najib ataupun bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Titah baginda, pihak istana memberi ruang kepada mana-mana pemimpin untuk bertemunya dan meluahkan perasaan namun tidak bermakna pihak istana akan bersetuju walaupun pemimpin tersebut berasal dari Johor sendiri.

"Mereka adalah ahli politik tetapi tolong jangan salah gunakan nama baik istana. Beta berbangga menjadi warga Johor tetapi tidak bermakna beta akan menyokong sesiapa dari Johor secara membuta tuli. Rakyat juga sepatutnya tidak membuat sebarang kesimpulan," titah baginda.


Jelas baginda, Johor merupakan kawasan keramat bagi penubuhan UMNO dimana Almarhum Sutan Ismail sendiri merasmikan Kongres Malaya pada 11 Mei 1946 di Istana Johor yang membawa kepada penubuhan UMNO.

"Ingin beta ingatkan sejarah bahawa moyang beta, Almarhum Sultan Ibrahim yang memberi dana utnuk menubuhkan UMNO dan mesyuarat pertama sebenarnya dilakukan di istana Johor," titah baginda.-mD


No comments