BR1M 2016 dibayar mulai 28 Januari, jumlah naik untuk kategori tertentu

Ini berita baik untuk rakyat Malaysia... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M) akan mula diberikan secara berperingkat bermula 28 Januari tahun hadapan.


BR1M
BR1M 2016 dibayar mulai 28 Januari, jumlah naik untuk kategori tertentu
Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa orang ramai yang belum memohon atau ingin mengemas kini permohonan BR1M bagi 2016 diminta melakukannya segera melalui atas talian atau secara manual.


“Permohonan BR1M 2016 akan ditutup 31 Disember ini. Sekiranya belum memohon atau mengemas kini, segera lakukan di https://ebr1m.hasil.gov.my/.

“Permohonan juga boleh berbuat demikian dengan mendapatkan borang seterusnya diisi dan kemudian dikembalikan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau pusat khidmat hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016 kelak,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook miliknya Ahad malam.

Pada pengumuman Bajet 2016 lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan kategori baharu bagi penerima e-Kasih yang berpendapatan bawah RM1,000 layak untuk terima BR1M sebanyak RM1,050.

Di samping itu, ka­tegori lain melibatkan isi rumah pendapatan bawah RM3,000 dengan jumlah BR1M dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000.


Bagi kategori isi rumah pendapatan bawah RM3,001 hingga RM4,000 jumlah BR1M akan menerima RM800 manakala Skim Khairat Kematian akan menerima RM1,000.

Dalam pada itu, individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang pendapatan kurang RM2,000 juga layak menerima RM400.- Bernama 28/12/2015


No comments