Buaian Gergasi Tumbang: Lesen perniagaan pesta ria digantung!!..

Port Dickson – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung lesen perniagaan pesta ria di PD Waterfront hari ini selepas tragedi buaian besar tumbang, tengah malam tadi.


Buaian Gergasi Tumbang: Lesen perniagaan pesta ria digantung!!..
Buaian Gergasi Tumbang: Lesen perniagaan pesta ria digantung!!..
Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat berkata, selain penggantungan tersebut, pihaknya turut meminta laporan lengkap dikemukakan oleh penganjur.

BACA: Wanita parah, 2 lagi cedera buaian gergasi di PD Waterfront tumbang


Dalam kejadian sama turut mengakibatkan dua lelaki cedera ringan.

Sementara itu, wakil operator pesta ria yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, apa yang berlaku adalah kemalangan yang sama sekali di luar jangkaan pihaknya.

Menurutnya, pesta ria berkenaan mula beroperasi sejak awal November lalu dan dijadualkan berlangsung selama dua bulan.

“Setiap hari sebelum memulakan operasi, petugas akan memeriksa semua jentera dan aset bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.

“Petang semalam petugas di sini melakukan rutin yang sama, tapi mungkin keadaan tanah yang lembap kerana hujan lebat menyebabkan struktur tanah tidak stabil,” katanya.

Alex menambah, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa agar menghentikan operasi pesta ria berkenaan dan sedia memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak berkuasa, lapor Sinar Harian.


No comments