Bunuh Anak Sendiri: Pasangan Suami Isteri Dipenjara Seumur Hidup

Pasangan suami isteri yang berasal dari Pakistan, Asadullah Khan, 51, dan Shazia, 41, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka, Lareeb Khan pada 28 Januari lalu.


Bunuh Anak Sendiri: Pasangan Suami Isteri Dipenjara Seumur Hidup
Bunuh Anak Sendiri: Pasangan Suami Isteri Dipenjara Seumur Hidup
Lareeb dibunuh dengan cara dijerut oleh bapanya selepas kedua ibu bapanya mengetahui dia ingin mengadakan hubungan seks luar nikah dengan jejaka yang tidak dipersetujui mereka.


Menurut mereka, tindakan itu terpaksa diambil kerana ingin mempertahankan maruah anak perempuan mereka.

Gadis malang berusia 19 tahun itu dicekik pada tengah malam sambil jenayah kejam itu disaksikan oleh ibu kandungnya sendiri.

Dengan menggunakan kerusi roda milik nenek Lared, pasangan suami isteri itu membawa keluar mayat anaknya dengan tujuan untuk memusnahkannya di kawasan terpencil di Darmstadt, Jerman.

Shazia dan Azadullah yang sudah lama menetap di Jerman, mengetahui hal percintaan anaknya dengan jejaka berusia 23 tahun bernama Raheel itu selepas Lareb diberi surat amaran oleh pihak polis atas dakwaan cuba mencuri kondom.


Dalam hujah pembelaan, Shazia memberitahu pihak polis bahawa dia langsung tidak terlibat dengan kes pembunuhan anaknya namun pihak pendakwaan berpendapat dia turut memainkan peranan apabila membiarkan sahaja suaminya mencekik Lareb tanpa sebarang belas kasihan terhadap mangsa. - Agensi


No comments