Header Ads

  • Terkini

    Bunuh Sosilawati: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati 4 lelaki

    PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas.


    Kes Bunuh Sosilawati
    Bunuh Sosilawati: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati 4 lelaki
    Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

    BACA: Kes Sosilawati: Polis temui cebisan tulang manusia dan sisa kayu api


    Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

    Penghakiman dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Turut bersidang bersama panel itu ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

    Mereka menolak rayuan keempat-empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2013 yang mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.

    Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

    Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka dikatakan pergi ke Banting berhubung urus niaga jualan tanah.


    Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar tempatan di seluruh negara.

    Keempat-empat lelaki itu ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.– Bernama


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad