Terkini


Bunuh Wanita Hamil 5 Bulan: Juru Kimpal Dijatuhi Hukuman Gantung

Shah Alam – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang juru kimpal atas tuduhan membunuh seorang wanita hamil lima bulan, tiga tahun lalu.


Bunuh Wanita Hamil 5 Bulan: Juru Kimpal Ke Tali Gantung
Bunuh Wanita Hamil 5 Bulan: Juru Kimpal Ke Tali Gantung
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap R Lingeswaran, 24, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa sebarang keraguan munasabah.


“Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dengan ini tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Tertuduh didakwa membunuh E Vallay, 23, di sebuah kawasan di No.7 Lot 1251, Juara Engineering (M) Sdn Bhd, Batu 19, Jalan Rawang-Batu Arang Rawang, Gombak pada jam 10.40 malam, 4 Julai 2012.

KES LAIN: Juru Kimpal Terima Padah Larikan dan Rogol Isteri Orang Ketika Haid

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.


Sebelum ini, akhbar melaporkan mayat seorang wanita ditemui berhampiran pagar sebuah stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke manakala Lingeswaran diwakili peguam N Logen, lapor BH Online.


No comments