‘Cermin-Cerminkan Diri Anda’ tagline Aziz Desa menggamit nostalgia

NAMA Aziz Desa dalam dunia pengacaraan TV tidak perlu diperkenalkan lagi. Aziz yang pernah bergelar penolong penerbit pada 1987, kemudian menjadi pengacara rancangan Seulas Pinang bersama Normala Samsuddin.

NAMA Aziz Desa dalam dunia pengacaraan TV tidak perlu diperkenalkan lagi. Aziz yang pernah bergelar penolong penerbit pada 1987, kemudian menjadi pengacara rancangan Seulas Pinang bersama Normala Samsuddin.


 ‘Cermin-Cerminkan Diri Anda’ tagline Aziz Desa menggamit nostalgia
‘Cermin-Cerminkan Diri Anda’ Tagline Aziz Desa menggamit nostalgia
Anak jati Kuah, Pulau Langkawi, Kedah ini menjadi antara wajah terawal program Malaysia Hari Ini bersama Mahathir Lokman, Hasbullah Awang dan Christine Ling.

Dengan kepandaian berkata-kata dan lontaran perumpamaan puitis Melayu kita, pemilik nama sebenar Abdul Azid ini semakin dikenali menerusi program Jejak Kasih.

Kerana program tersebut jugalah, Aziz terkenal dengan tagline, ‘cermin-cerminkan diri anda’ dan juga gelaran Mat Cermin.

Program yang meninggalkan bukan sahaja impak besar dalam karier Aziz, bahkan impak besar kepada penonton setia rancangan tersebut.

Antara kata-katanya yang masih diingati oleh kebanyakan penonton rancangan tersebut adalah:

“Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan,”.

Selain TV3, Aziz pernah menjadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9, rancangan Jendela Pagi untuk RTM dan juga rancangan Hello Bernama di Bernama TV.

Tidak terhad setakat itu, Aziz juga pernah menjadi pengacara stesen TV swasta berbayar, Astro menerusi program Dahsyat 13 dan Zuriat Kita untuk saluran Astro Oasis.

Dalam masa sama, Aziz menguruskan dua syarikatnya, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar, Allahyarham juga pernah menjadi setiausaha akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Sementara itu, isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50, berkata, percutian bersama keluarga di Phuket sebagai percutian terakhir buat suaminya.

Katanya, dia bersama Aziz dan anak-anak baru kembali dari pusat percutian itu petang kelmarin sebelum disedari meninggal dunia jam 10.30 pagi semalam.

“Malam tadi arwah tidur di katil di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya sedar arwah sudah tidak bergerak lagi,” katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang.

Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lalu meninggalkan enam anak berumur antara 6 dan 22 tahun.

Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar.

Dalam pada itu, bekas rakan seangkatan Allahyarham, Nizal Mohammad yang pernah sama-sama mengacarakan MHI selama hampir enam tahun bersama arwah mengakui terkejut mendengar berita pemergian Aziz, biarpun mengetahui arwah lama sakit.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa arwah beberapa minggu lalu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).


Video: Allahyarham Aziz Desa selamat dikebumikan. AL FATIHAH

“Masa jumpa kami memang sama-sama terharu sebab bertahun tidak bersua.

“Ketika bertemu, dia berkerusi roda dan tidak secergas dulu, tapi dia rajin bersembang dengan semua yang ada.

“Kami juga sempat bergambar bersama ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, arwah yang kerja beberapa bulan lebih awal sebelum dia menyertai TV3, menyifatkan Allahyarham seorang teman yang suka bergurau. “Peramah, tapi tegas dalam bertugas terutama dalam melantun buah fikiran,”katanya, lapor Sinar Harian.




COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: ‘Cermin-Cerminkan Diri Anda’ tagline Aziz Desa menggamit nostalgia
‘Cermin-Cerminkan Diri Anda’ tagline Aziz Desa menggamit nostalgia
NAMA Aziz Desa dalam dunia pengacaraan TV tidak perlu diperkenalkan lagi. Aziz yang pernah bergelar penolong penerbit pada 1987, kemudian menjadi pengacara rancangan Seulas Pinang bersama Normala Samsuddin.
http://3.bp.blogspot.com/-WVDVqRpwazs/VoCyKhMufMI/AAAAAAAAzG8/8Ma-gRI3Tv4/s1600/AZIZ_DESA.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-WVDVqRpwazs/VoCyKhMufMI/AAAAAAAAzG8/8Ma-gRI3Tv4/s72-c/AZIZ_DESA.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2015/12/cermin-cerminkan-diri-anda-tagline-aziz.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2015/12/cermin-cerminkan-diri-anda-tagline-aziz.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy