Terkini

Nur Fazura nafi berjumpa pemilik IG vii.narza untuk selesai isu #KimK

PELAKON Nur Fazura Sharifuddin menafikan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.


Nur Fazura
Nur Fazura nafi berjumpa pemilik IG vii.narza untuk selesaikan isu #KimK
Fazura yang berada di Singapura memberitahu dalam satu pesanan ringkas menerusi WhatsApp.

BACA: Tak tahan dikutuk jadi bahan lawak peminat, Nur Fazura buat laporan polis?


Terdahalu, Astro AWANI melaporkan sumber terdekat dengan pelakon popular itu melaporkan, pertemuan itu diadakan adalah untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.

Sejak semalam, ruang maya media sosial menjadi hangat apabila pelakon filem Gol & Gincu itu telah mengkritik secara terbuka komen @vii.narza hanya kerana tersalah sangka dengan maksud yang ingin disampaikan.

Tindakan itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.

Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.


No comments