Terkini

“Fight Like Jalil”, Luahan TMJ terhadap pemergian adiknya Tunku Jalil

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim meluahkan kesedihan baginda di atas pemergian adinda kesayangannya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil akibat kanser.


Fight Like Jalil
“Fight Like Jalil“, Luahan TMJ terhadap pemergian adiknya Tunku Jalil
Menerusi nukilan ringkas di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ berkata, baginda sayangkan dengan sepenuh hati dan sangat rindukan Tunku Abdul Jalil.


Baginda berkata, Tunku Abdul Jalil menjadi sumber inspirasinya kerana mempunyai sifat terpuji – jiwa penyayang dan rendah diri.

“Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu.

“Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.


“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, a…dikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” luah baginda.

In Memoriam Tunku Abdul Jalil
Posted by TMJ Supporters on Saturday, December 5, 2015

Tunku Abdul Jalil mangkat di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Sabtu.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam dan jenazahnya akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini.



No comments