Terkini

Padah suami curang, Isteri sarat mengandung 'hancurkan' kereta suami

BRAZIL: Gara-gara mendakwa suaminya berlaku curang, seorang wanita dirakam telah mengamuk dan melepaskan marah ke atas sebuah kereta dipercayai milik suaminya..


Padah suami curang, Isteri sarat mengandung 'hancurkan' kereta suami
Padah suami curang, Isteri sarat mengandung 'hancurkan' kereta suami
Memetik laporan Dailymail, wanita tersebut yang sedangsarat mengandung mendakwa ternampak suaminya dengan seorang wanita yang disyaki wanita simpanannya di sebuah restoran.


Dia kemudiannya terus pergi ke kereta suaminya yang diparkir di laur restoran dan mula menghancurkan kereta berkenaan.

Video rakaman amatur menunjukkan cermin kereta yang sudah dipecahkan dengan tangannya menepuk cermin dan keadaan wanita tersebut yang sedang menendang bumbung kereta.

Tak cukup dengan itu, beliau mengambil beberapa batu dan membaling ke arah kereta suaminya.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut menasihatkan wanita tersebut supaya berhenti, namun tidak diendahkan.

Difahamkan, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis dan tiada siasatan yang akan dijalankan.



No comments