Gempar!.. Lelaki ceroboh Istana Johor dengan niat untuk mengadap Sultan

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis selepas menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada tengahari Jumaat. Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota Askar Timbalan Setia Negeri.


Gempar!.. Lelaki Ceroboh Istana Johor Untuk Mengadap Sultan
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ketika kejadian, suspek memasuki pintu utama Istana Pasir pelangi sebelum ditangkap pada jarak 50 meter dari pagar utama.


“Dia masuk melalui main gate (pagar utama), so dapat ceroboh jugalah,. Dengan segera saya minta OCPD untuk meningkatkan rondaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Johor Bahru semalam.


Motif sebenar pencerobohan masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek menceroboh kawasan istana dengan niat mahu berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Suspek yang merupakan seorang penganggur itu mempunyai rekod polis dan masih dalam siasatan mengikut seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada Ogos lalu.

Suspek kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Ahad dan disiasat mengikut seksyen 448 Kanun Keseksaan.


No comments