Terkini

Hanya Makan Depan Webcam Saja, Remaja Ini Kaut RM6,399 Sehari!

HANYA dengan berkongsikan juadah makanannya di hadapan komputer, remaja lelaki Korea ini mampu meraih pendapatan melebihi RM6,399 sehari.


Kim Sung Jin
Hanya Makan Depan Webcam Saja, Remaja Ini Kaut RM6,399 Sehari!
Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makan malamnya seperti pizza, ayam goreng dan masakan Cina di depan komputer di dalam sebuah bilik kecil di kediamannya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya.


Bagaimanapun sambil makan, dia akan berkomunikasi dengan ribuan orang melalui melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV.

Di Korea Selatan, saluran media tersebut mempunyai lapan juta pengunjung bulanan dan telah menjadi sebahagian rutin penting dalam kehidupan sosial para remaja.

Kim Sung Jin

Aksi Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo di dalam web tersebut mendapat jumlah tontonan yang ramai dan dia biasanya dibayar sebanyak £1,000 (RM6,399) untuk setiap episod.

Pekerjaan ini telah dilakukannya sejak berumur 11 tahun di mana dia pada mulanya makan secara online sebagai satu cara untuk mencari ‘peneman makan’ kerana ibu bapanya tinggal berjauhan.

“Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya makan malam awal, menyebabkan saya sering keseorangan ketika makan,” katanya.

Tambahnya, program secara langsung tersebut telah membuatkan dia dikenali ramai. - Agensi


No comments