Hati-hati!!.. Kini Ada Orang Jual Sampul Prabayar Pos Laju Palsu

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu yang dikesan berlaku dalam pasaran.


Sampul Prabayar Pos Laju Palsu
Hati-hati!!.. Kini Ada Orang Jual Sampul Prabayar Pos Laju Palsu
Menurut Pos Malaysia, ia telah mengesan produk prabayar Pos Laju palsu dijual secara haram di pasaran.


Bagi mengelak supaya tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu, pelanggan diminta membeli produk prabayar Pos Laju tulen yang hanya boleh didapati di semua outlet Pos Malaysia dan Pos Laju serta ejennya yang sah, menurut Pos Malaysia dalam satu kenyataan.

Menurut Pos Malaysia, jika penggunaan produk prabayar palsu dikesan, syarikat mempunyai hak untuk tidak menerima atau memproses bungkusan berkenaan.

Pos Malaysia juga akan menyiasat kes yang dilaporkan dan tindakan akan diambil terhadap individu atau entiti yang didapati bersalah.

Semua pertanyaan mengenai perkara berkenaan boleh disalurkan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan melalui talian telefon 1-300-300-300 dari 8.30 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Jumaat, dan mulai 8.30 pagi hingga 5 petang pada Sabtu.

Pelanggan juga boleh berinteraksi melalui akaun Facebook rasmi Pos Malaysia di www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad atau tweet kepadanya di @Pos4you untuk sebarang pertanyaan mengenai produk prabayar Pos Laju, lapor Bernama.


No comments