Top Ad unit 728 × 90

recent

Ingin Jadi Model, Gadis ditipu supaya hantar foto bogel kepada 'ejen'

KUALA LUMPUR ― Gara-gara teringin sangat menjadi seorang model, seorang gadis sanggup mengirim gambar telanjangnya selepas diperdaya oleh “ejen” agensi model terkenal.


Lee menunjukkan salah satu gambar yang pernah dihantar kepada Amy
Lee menunjukkan salah satu gambar yang pernah dihantar kepada Amy | Foto mStar Online
Gadis itu yang hanya dikenali Lee, 17, menghantar gambar itu melalui aplikasi WhatsApp, saluran yang sama dia membaca “iklan” mencari bakat baru sebagai peragawati.

Dia rela berbuat demikian, setelah mendapat surat tawaran, kerana “agensi” tersebut mahu memastikan tiada sebarang kecacatan dan tatu di badannya, lapor Harian Metro hari ini.

Pelajar di sebuah institusi pendidikan swasta itu bimbang gambar berkenaan diedarkan kepada orang lain atau disalah guna di laman sosial.


Tambahnya, dalam laporan portal mStar pula, detik hitam itu bermula apabila jurugambar, dikenali sebagai Amy Chen, mahu menghantar gambarnya ke agensi model terkenal.

“Dia meyakinkan saya untuk menghantar empat keping gambar bogel,” Lee dipetik berkata.

“Saya juga melihat surat pengesahan agensi model dalam mesej WhatsApp itu. Saya tahu agensi itu terkenal di Malaysia.”

Gadis itu mula berasa ditipu selepas jurugambar itu tidak menjawab panggilannya yang sudah menjanjikan sesi penggambaran di sebuah hotel awal bulan ini.

“Selepas menunggu lebih tiga jam, individu berkenaan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya lagi, seperti dilaporkan, di sidang media anjuran Biro Aduan Awam MCA semalam.


Menurut akhbar itu, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Goh, 23, juga pernah diminta mengirim foto bogel jika berminat menyertai “agensi” peragaan tersebut.

Namun dia berasa was-was dan tidak meneruskan hasratnya setelah menghubungi agensi sebenar yang menyatakan rasa terkejut kerana tiada surat tawaran seumpama itu dikeluarkan. – TMMO


Ingin Jadi Model, Gadis ditipu supaya hantar foto bogel kepada 'ejen' Reviewed by Adam Hakimie on December 16, 2015 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.