Terkini

Izreen Azminda Ingin Berjinak-Jinak Dalam Dunia Nyanyian Pula

SELEPAS memilih bidang lakonan dan pengacaraan, baru-baru ini ibu tunggal kepada Adrian Umar, Izreen Azminda berjinak-jinak dalam dunia nyanyian pula.


Izreen Azminda
Izreen Azminda Ingin Berjinak-jinak Dalam Dunia Nyanyian Pula
Menerusi drama Kak Marr terbitan Zeel Production yang dilakonkannya termasuk teraju utama, Rozita Che Wan… Izreen diundang penerbit drama itu untuk menyanyi pula.

BACA: Amar Bahrin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda


Pelawaan itu disambut baik Izreen. Rakaman lagu itu dirakamkan Izreen hanya sekitar setengah jam di sebuah studio di Shah Alam. Lagu itu ciptaan Aina Mentor dan lirik oleh Marr Mohamad menggunakan judul yang sama seperti drama terbabit.

Bagaimanapun menurut Izreen, percubaan itu hanya sekadar suka-suka dan memenuhi permintaan sahaja.

“Tak terlintas dalam hati saya untuk jadi penyanyi profesional secara serius pula. Tapi disebabkan Yang Mulia (panggilan kepada penerbit Fadzil Teh) yang minta saya nyanyikan, saya tak kisah memenuhinya.

Izreen Azminda
Izreen Azminda
“Malah saya juga menukar lirik lagu ini kepada loghat Utara. Disebabkan saya berasal dari Utara tanah air, memang ia bukan satu masalah besar. Saya juga ada adlib itu dan ini untuk menyedapkan lagi lagu ini. “Rentak lagu ini lebih santai. Tak tinggi macam lagu Ziana Zain pun. Nak kata saya boleh menyanyi itu, tak tahulah bagaimana nak dinilainya. Setakat menyanyi dalam bilik air dan pusat karaoke itu biasalah.

BACA: “Izreen Kritik Saya Kerana Ingin Cari Publisiti” – Amar Baharin

“Apa-apapun saya anggap tawaran menyanyi ini sebagai satu peluang terbaik untuk mempromosikan drama ini yang dijangka bersiaran di TV3 Januari hadapan,” katanya yang dihubungi sebentar tadi. Mengenai wataknya dalam drama berkenaan, Izreen memegang watak sebagai Asmah yang membuka gerai menjual laksa.


Rozita Che Wan yang memegang watak sebagai Kak Marr pula dianggap sebagai pesaing Asmah di sebuah kampung di Perlis. “Penggambaran drama ini dijangka berakhir 22 Disember ini. Saya juga sempat mencuri masa kembali ke Kuala Lumpur untuk melunaskan penggambaran telefilem Kolam Cinta bersama Keith Foo,” katanya.


No comments