Terkini

Jangan 'perasan' kejayaan Umno seolah kejayaan diri sendiri - Tun M

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan ucapan dasar presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang parti itu berjaya memajukan negara ini, namun beliau mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengambil kredit atas kejayaan tersebut.


Jangan 'perasan' kejayaan Umno seolah kejayaan kita sendiri - Tun M

"Saya setuju dengan ucapannya yang Umno berjaya majukan negara kita ini, sehingga ada doktor dapat jadi pakar.

"Itu Umno, bukan pemimpin Umno.


"Umno berjaya, tapi janganlah ambil kredit kejayaan Umno itu seolah-olah itu kejayaan kita sendiri. Saya pun tak pernah ambil kredit," katanya kepada pemberita selepas mendengar ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Sejurus selepas keluar dari Dewan Merdeka di PWTC itu, bekas perdana menteri itu diiringi penyokongnya yang bersorak "Hidup Tun" sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita". – TMI 10 Disember, 2015.


No comments