JDT Juara AFC: TMJ Sindir pedas pihak yang 'Enggan Terima Hakikat'

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan pihak yang masih enggan menerima hakikat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebuah pasukan bertaraf juara Asia sebagai golongan kurang bijak.


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Titah baginda, pihak luar negara mengiktiraf ianya satu pencapaian hebat apabila kelab kecil seperti JDT menjulang Piala AFC 2015 namun sebahagian penyokong bola sepak Malaysia tidak dapat menerima hakikat itu.


BACA: Sekitar Sambutan Kemenangan JDT, Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan

JDT menjulang Piala AFC adalah ibarat Malaysia atau Singapura menjuarai Piala Dunia. Begitulah perbandingan pencapaiannya.

“Saya tidak bermimpi pun yang kita akan melepasi peringkat suku akhir. Apa yang penting adalah untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, untuk bersama-sama di kalangan pasukan handalan Asia,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

TERIMALAH HAKIKATOrang luar, daripada negara-negara yang berjaya dalam bidang bolasepak, sedar dan mengiktiraf...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, December 14, 2015

Kemenangan JDT dalam kejohanan Piala AFC 2015 dikritik banyak pihak, apabila pasukan berkenaan gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung baru-baru ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, sikap penyokong bola sepak tempatan seperti itulah yang menyebabkan bola sepak Malaysia masih ketinggalan.


Justeru, titah baginda, para penyokong bola sepak di Malaysia yang mahu terus berada dalam kejahilan itu bukan masalah baginda.

“Tidak kiralah Piala AFC atau Liga Juara-Juara Asia, ianya tetap AAAA FFFF CCCC, kejohanan peringkat Asia.

“Kepada penyokong JDT bergembiralah sebagai Juara Piala AFC, bergembiralah dengan empat kejuaraan dalam masa tiga tahun. Semoga Allah memberkati anda semua,” titah baginda.


No comments