Jenazah mangsa rakit karam Selamat dikebumikan Dalam Satu Liang

BATU PAHAT: Jenazah empat mangsa rakit karam di Sungai Bekok, Yong Peng di sini, semalam selamat dikebumikan di dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Kangkar Bahru di sini, petang tadi.


HAIRADDIN Masran (dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak ketika berdoa di pusara isterinya, Lana Ismail, 55, yang lemas bersama anak dan dua cucunya dalam kejadian rakit tenggelam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kangkar Bahru, Yong Peng, Batu Pahat.
Jenazah Allahyarham Lana Ismail, 55 dan anak bongsunya, Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10 dan dua cucunya iaitu Muhammad Iman Naqiudib Nas Izhar, 2 dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan dibawa ke Masjid Kampung Melayu Kangkar Bahru untuk disembahyangkan kira-kira jam 2.25 petang tadi.


Suasana hiba turut menyelubungi persekitaran tanah perkuburan terbabit khususnya membabitkan ahli keluarga mangsa sebaik sahaja keranda yang membawa semua jenazah terbabit selesai dikebumikan kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Ahli keluarga mengaminkan doa ketika majlis pengkebumian jenazah Lana Ismail, 55, bersama anak dan dua cucunya yang lemas dalam kejadian rakit tenggelam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kangkar Bahru, Yong Peng Batu Pahat
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, kegembiraan 10 sekeluarga bermain rakit berakhir tragedi apabila empat mangsa lemas manakala enam lagi keluarga mereka terselamat.


Mayat dua beradik yang juga cucu Lana ditemui tidak lama selepas kejadian terbabit berlaku, manakala mayat anak bongsu Lana ditemui jam 8.40 malam semalam. - Bernama


No comments