Jual Sandwic Telur dengan harga 20 Sen, Niat saya tolong orang susah

“Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,” kata seorang anak usahawan, Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10 tahun.


IMAN Sufiah (kanan) bersama Iman Ayeisha menjual bubur berharga 20 sen setiap pagi untuk kerja amal di hadapan restoran milik keluarganya di Taman Tun Dr Ismail
Si cilik ini yang kisahnya menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu apabila menjual sandwic telur dengan harga 20 sen berkata, dia tidak menyangka tindakan itu mendapat perhatian umum.


“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tidak hanya menjual sandwic telur, Sufiah yang ditemani adiknya, Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, juga menjual bubur ayam, dadih, cekodok pisang dan mi goreng dengan harga sama sejak memulakan kerja amal itu pada 9 Disember lalu.

Sumber: Hmetro



No comments