Jururawat Jatuh Ke Laut, Hanyut Ditelan Ombak dan Dikhuatiri Lemas

KUCHING : Seorang jururawat dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Pantai Pasir Pandak, Santubong di sini petang tadi.


Jururawat Jatuh Ke Laut Terus Ditelan Ombak Dipercayai Lemas
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, berasal dari Johor bersama lima rakannya dikatakan pergi ke pantai berkenaan bagi menghabiskan cuti hujung minggu mereka.


Bagaimanapun, mangsa yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini dikatakan tiba-tiba terjatuh ketika berjalan di tepi pantai itu sebelum dihanyutkan ombak besar dan arus yang kuat ke tengah laut.




Kelibat mangsa dikatakan terus hilang meskipun rakan-rakannya cuba menyelamatkannya.

Ketika kejadian, air pasang besar dan ombak kuat.


Sementara itu, jurucakap pusat gerakan operasi negeri berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.52 petang.

"Mayat mangsa masih belum ditemui setakat pukul 9 malam ini, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini. K! ONLINE


No comments