Terkini

“Kami Pecat Dia Bukan Sebab Dia Tutup Aurat, Tapi Ada Sebab Lain...”

HOSPITAL swasta yang dikatakan memecat seorang jururawat wanita gara-gara menutup aurat, akhirnya tampil pada Sabtu memperjelaskan dakwaan tersebut.


“Kami Pecat Dia Bukan Sebab Dia Tutup Aurat, Tapi Ada Sebab Lain...”
Menurut Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram, jururawat tersebut ditamatkan perkhidmatan adalah disebabkan tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

BACA: Jururawat menutup aurat dipecat Hospital Swasta, Laporan polis dibuat


“Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

“Kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

“Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti,” katanya kepada portal, Malaysiakini.

Pada Jumaat, seorang jururawat Naziah Sauni Samat, 24, ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan telah mengadakan sidang media mendakwa dibuang kerja kerana menutup aurat.

Naziah memberitahu, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang dan stoking tangan berwarna kulit ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Regina mengakui pihaknya tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang, namun jururawat Muslim masih lagi boleh memakai tudung.


“Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja,” katanya.

Tambahnya, pihak pengurusan hospital juga telah memberi ruang bagi Naziah berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri namun Naziah tetap datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ianya telah melanggar peraturan pemakaian hospital.


No comments