Kanak-Kanak 11 tahun Hilang Di Sungai, Dikhuatiri Dibaham Buaya

Betong – Budak lelaki berusia 11 tahun hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi di Sungai Kampung Bungin, Spaoh, di sini, petang tadi.


Kanak-kanak 11 tahun dikhuatiri dibaham buaya
Kanak-kanak 11 tahun dikhuatiri dibaham buaya
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Fakrul Dahari dipercayai diserang buaya ketika mandi bersama tiga rakannya.

Difahamkan, buaya itu mengigit badan mangsa dan menariknya ke tengah sungai dan terus hilang.

SAKSIKAN: Video: Ngeri Gadis Dibaham Buaya Di Kinabatangan, Sabah Tersebar


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong James Whelan Ngang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Balai Polis Betong, pada 3.49 petang tadi.

Katanya, operasi mencari mangsa segera dijalankan, lapor Harian Metro.



No comments