Kasihan Adik ni.. Sejam menahan kesakitan mata tertusuk dawai besi

Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila dawai besi pagar yang berkarat tersusuk dan tersangkut di kelopak mata kanannya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.


Wan NurQaleesya, mata tertusuk dawai
DAWAI besi yang tertusuk kelopak mata kanan Wan NurQaleesya. Gambar kanan, Raja Khatijah menunjukkan pagar dawai yang dipanjat oleh cucunya
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah gara-gara cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan ke luar pagar sebelum dawai tertusuk pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah.


Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi cucu berusia tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh di ruang tamu, terkejut apabila mendengar Wan NurQaleesya menjerit sambil menangis di belakang rumah.


“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.

“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya.

Cerita-cerita dan Gambar Lain Tentang TERTUSUK:

1: Berpantang maut, lelaki masih bernyawa kepala tertusuk anak panah
2: Ngeri! Parang 'Terbang' Ketika Menebas, Tertusuk 5sm Di Kepala
3: Warga emas nyaris maut tertusuk Jeriji Besi di ketiak tembus ke bahu
4: Ngeri! Gadis 17 Tahun Terjatuh Dan Tertusuk 3 Batang Besi Di Badan
5: Ngeri! 5 Gambar Lelaki Masih Hidup Selepas Kepala Tertusuk Besi
6: Ngeri! Pemandu Lori Tertusuk Dahan Pokok Dan Masih Bernyawa
7: Lelaki 'Ajaib', Masih bernyawa walaupun leher tertusuk 2 batang besi




No comments