Header Ads

  • Terkini

    Kejam, Kanak-kanak maut dipukul ibu & kekasih kerana terjatuh katil

    Kanak-kanak malang, Pu Jinyu meninggal dunia selepas dipukul oleh ibu dan kekasih wanita berkenaan namun mereka mendakwa kanak-kanak berkenaan terjatuh dari katil.


    Kejam, Kanak-kanak maut dipukul Ibu, kekasih kerana terjatuh katil
    Kejam, Kanak-kanak maut dipukul Ibu, kekasih kerana terjatuh katil
    Dakwaan ibunya yang dikenali sebagai Wang itu diragui oleh anggota keluarga kanak-kanak berkenaan terutama nenek dan bapa saudaranya memandangkan badan Pu penuh dengan kesan lebam.


    Kes itu kini disiasat oleh polis.

    Menurut bapa saudara Cui Wenping, apabila kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada pukul 11 pagi, mereka mendapati badannya penuh dengan lebam dari bahagian kepala ke kaki di hospital Yunnan.

    Ibu Pu Jinyu dan kekasihnya
    Ibu Pu Jinyu dan kekasihnya

    Meskipun Pu diberikan rawatan rapi namun dia meninggal dunia pada hari yang sama.


    Kecurigaan terhadap kanak-kanak itu bertambah apabila lebam itu hanya kelihatan sepanjang 10 hari Pu berada di bawah jagaan ibunya.

    Manakala neneknya, Gao pula memberitahu bahawa Pu sebelum ini memaklumkan bahawa ibu dan kekasihnya sering memukulnya.



    Video: Kanak-kanak maut dipukul ibu & kekasih kerana terjatuh katil

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad