Kejam!!.. Pemain Bola Sepak Maut Ditembak 18 Kali di Depan Isteri

SEORANG pemain bola sepak kebangsaan Honduras terbunuh selepas ditembak di depan sebuah pusat membeli-belah di La Ceiba di negara tersebut.


Pemain Bola Sepak Maut Ditembak 18 Kali di Depan Isterinya
Kejam, Pemain Bola Sepak Maut Ditembak 18 Kali di Depan Isterinya
Ketika kejadian, Arnold Peralta dilapor baru selesai membeli pakaian untuk bayi perempuannya yang baru dilahirkan.

Ketika mangsa berjalan keluar dari pusat membeli-belah itu, suspek telah melepaskan 18 tembakan ke arah Peralta sambil disaksikan isterinya.


Akibat kecederaan parah, bekas pemain kelab Rangers berusia 26 tahun itu maut di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Vanessa Oliva yang berada di lokasi itu ketika kejadian kelihatan meraung di sisi mayat Peralta.

Arnold Peralta
Arnold Peralta dan isteri, Vanessa Oliva
Jurucakap polis berkata, mangsa terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan kepala.

Arnold Peralta
Arnold Peralta, pemain bolasepak Kelab Rangers juga pemain pasukan kebangsaan Honduras
Pihak berkuasa mengesahkan tiada suspek ditahan ketika ini, namun usaha mengesan pembunuh sedang dijalankan.

Peralta yang kini mewakili skuad Olimpia di Tegucigalpa dilapor menjadi mangsa keganasan di Honduras yang merupakan negara yang mencatatkan kes pembunuhan tertinggi di dunia. - Agensi



No comments