Header Ads

  • Terkini

    Kejam!!.. Pemuda maut ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bertopeng

    NILAI – Seorang pemuda maut ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di sebuah kedai makan di Pekan Mantin di sini, malam tadi.


    Pemuda maut ditetak bertubi-tubi ketika sedang makan malam
    Pemuda maut ditetak bertubi-tubi ketika sedang makan malam
    Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa G.Kasevan, 20, yang bekerja sebagai kelindan lori cedera parah ditetak pada bahagian kepala, badan dan tangan.


    Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dan seorang rakannya sedang menikmati makan malam di kedai berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

    “Tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Viva dinaiki oleh tiga suspek berhenti berhampiran kedai terbabit.

    “Dua lelaki memakai topeng terus turun dari kereta dan serang mangsa menggunakan parang menyebabkannya rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

    Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

    Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohd Sabri Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad