Terkini


Kelab Borussia Dortmund, Jerman Bertafakur Seminit Untuk Tunku Jalil

KELAB Borussia Dortmund bertafakur selamat seminit pada Sabtu sebelum perlawanan sebagai tanda memberi penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.


Kelab Borussia Dortmund, Jerman Bertafakur Seminit Untuk Tunku Jalil
Kesemua pemain pasukan bola sepak dari Jerman itu berdiri untuk bertafakur selama seminit sebelum perlawanan kempen tempatan, Bundesliga menentang VfL Wolfsburg di stadium Volkswagen Arena.


Borussia Dortmund would like to send their deepest sympathies to His Royal Highness on the demise of his beloved brother and to all our friends in Malaysia.

“Pasukan Borussia Dortmund ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor, Tunkur Ismail Sultan Ibrahim) atas kemangkatan adinda tersayang dan untuk semua sahabat kami di Malaysia”, tulis pasukan itu di Facebook rasmi mereka.



Pasukan Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerjasama rapat dalam membangun serta melatih bakat-bakat baharu bagi golongan kanak-kanak selain golongan belia Malaysia.

Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada malam Sabtu jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kanser hati.


No comments