Terkini

Kemalangan rempuh belakang lori, kepala hampir berpisah dari badan

Butterworth: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta Toyota Camry dipandunya merempuh belakang sebuah lori di laluan kanan Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini, tengah malam kelmarin.


Kemalangan rempuh belakang lori
ANGGOTA polis membawa keluar mayat Khor dari kenderaan. 
Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, kereta dipandu Setiausaha Organisasi DAP Nibong Tebal Khor Chong Meng, 30, itu merempuh lori Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (PROPEL) yang berhenti di kilometer 0.8 di laluan kanan lebuh raya itu.

sebagai pesakit luar,” katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97498

Difahamkan, kereta dipandu mangsa berpusing sejurus perlanggaran menyebabkan bumbung kereta mangsa remuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mangsa tersepit dan difahamkan kepalanya hampir terputus sebelum mayatnya berjaya dikeluarkan anggota bomba.

“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya.

Rusli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lori syarikat penyelenggaraan berkenaan berhenti di lorong kanan bagi memasang pagar pembahagi jalan.


Beliau berkata, pihak kontraktor penyelenggaraan itu sudah memasang papan tanda awas dan ‘had laju’ sejauh 200 meter daripada lokasi kejadian dan ketika itu dua pekerja sedang mengawal lalu lintas dan memasang kon untuk menutup lorong kanan jalan.

“Dua pekerja yang bertugas mengawal lalu lintas itu cedera ringan di bahagian kaki dan kepala akibat terjatuh serta dirawat di HSJ sebagai pesakit luar,” katanya, lapor myMetro.


No comments