Terkini

“Kematian bukan perkara main-main, Ayah saya masih sihat” - anak Jins Shamsudin

Berikutkan tersebar sejak semalam berita yang mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakong berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.


"Kematian Bukan Perkara Main-Main, Ayah Saya Masih Sihat" - Anak Jins Shamsudin
Memetik laporan Berita Harian, Nadim menyatakan dia dan keluarga begitu terkejut dengan berita palsu tersebut mengenai bapanya itu.


"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu.

Tan Sri Jins Shamsudin masih sihat
Berita dalam akhbar BH Online, Nadim membuat kenyataan, ayah beliau, Tan Sri Jins Shamsudin masih sihat
Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.


Menurut Nadim lagi, dia bersama Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang,"katanya. Sumber :Siakapkeli


No comments